Thursday, February 22, 2007

PENGERTIAN AGAMA, ISLAM, IMAN DAN AQIDAH

PENGERTIAN AGAMA,ISLAM,IMAN DAN AQIDAH


*Pengertian agama

Agama mengikut istilah yang digunakan terhadap Islam ialah: “Suatu peraturan dan ketetapan daripada Allah dan Rasul-Nya melalui kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya atau ketetapan ulama Islam melalui ijmak,qiyas dan lain-lain sumber untuk mengatur kehidupan manusia bermasyarakat dan bernegara.Agama juga dikenali sebagai suatu peraturan perhubungan seorang manusia dengan Allah melalui perhubungan ibadat.Terdapat juga dikalangan ulama mentafsirkan istilah agama secara ringkasnya sebagai: “Apa-apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t daripada pelbagai peraturan dan hukum adalah agama”.

*Pengertian Islam

Ada beberapa takrif yang diistilahkan oleh ulama terhadap agama Islam. Antaranya ialah:

1. Islam adalah suatu agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w yang mewajibkan manusia mengucap dua kalimah syahadah,sembahyang,puasa,zakat dan menunaikan haji ke Baitullah bagi mereka yang mampu.
2. Islam bererti menyerah diri,tunduk dengan yakin,patuh,tidakmelawan,tidak ingkar,tidak menentang dan menerima keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

*Pengertian iman

Iman adalah kepercayaan atau tashdiq yang kukuh melalui pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati terhadap Allah,kepercayaan kepada Rasul, kepercayaan kepada Malaikat,kepercayaan kepada kitab-kitab,kepercayaan kepada hari akhirat dan kepercayaaan kepada qada’ dan qadar,baik dan buruk daripada Allah s.w.t.Iman juga disebut sebagai aqidah yang teguh terhadap semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak boleh diubah atau dipisah-pisahkan dari keyakinan seseorang itu.

*Kesimpulan

1. Tiada dikategorikan seseorang itu sebagai telah beriman dalam erti kata beriman dengan sebenarnya jika dia tidak menerima secara bersungguh-sungguh atau hanya mempercayai sebahagian dari rukun iman dan menolak sebahagian yang lain.Sesiapa yang menolak sebahagian atau meragui sebahagian dari rukun iman bererti dia seolah-olah menolak keseluruhan iman.
2. Iman dan aqidah bukan hanya sekadar percaya kepada rukun iman,tetapi iman dan aqidah mesti lahir dalam bentuk amalan dan perbuatan.
3. Tidak timbul rasa keagungan,kekuasaan dan kebesaran Allah dalam jiwa seseorang itu kalau dia tidak mengenali sifat-sifat keagungan dan kebesaran serta kekuasaan Allah s.w.t.

No comments: