Thursday, February 22, 2007

SIFAT-SIFAT MUKMIN

SIFAT-SIFAT MUKMIN


*Akhlak yang baik

Allah berfirman: “Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia”.(Al-Qalam:4).Sabda Rasulullah s.a.w: “Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang baik akhlaknya”.(Riwayat At-Tarmizi).

*Lemah lembut,Mengawal marah dan Pemaaf

Allah berfirman: “Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain”.(Ali-Imraan:134).Sabda Rasullah s.a.w kepada Ashajj Abdul Qays: “Sesungguhnya engkau mempunyai dua sifat yang disukai Allah,iaitu sabar dan bertimbang rasa”.(Riwayat Muslim).Sabda Baginda lagi: “Barangsiapa yang tiada sifat lemah lembut,sesungguhnya dia telah hilang semua kebaikan”.(Riwayat Muslim).

*Berkata benar

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman!Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar”.(At-Taubah:119).Dan sabda Baginda s.a.w: “Sesungguhnya orang yang benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga.Orang yang benar akan selalu benar sehingga dia ditulis oleh Allah sebagai orang yang benar”.(Al-Bukhari).

*Sabar

Allah berfirman: “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.(Al-Baqarah:155).Nabi bersabda: “Sesiapa yang bersabar maka Allah akan menjadikannya sebagai orang yang sabar dan tiadalah kurniaan lain yang lebih besar selain daripada sabar”.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

*Tawaduk

Allah berfirman: “Dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman(sekalipun mereka dari golongan fakir miskin)”.(Al-Hijr:88).Sabda Nabi s.a.w: “Allah berfiman kepadaku bahawa kamu semua hendaklah bersifat tawaduk(merendah diri) dan janganlah kamu meninggi terhadap orang lain”.(Riwayat Muslim).

*Amanah

Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”.(An-Nisaa:58).Sabda Rasulullah s.a.w : “Tanda orang munafik itu ada tiga perkara: Apabila bercakap dia berbohong,apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila diberi amanah dia khianat”.

*Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa Dan Menjaga Silaturrahim

Allah berfirman: “Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.jika salah seorang dari keduanya,atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”,dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia(yang bersopan-santun)”.(Al-Israa’:23).Abdullah Ibnu Mas’ud berkata: “Aku bertanya Nabi s.a.w tentang amalan apa yang paling dicintai Allah?Baginda bersabda:`Sembahyang pada waktunya.Lalu aku bertanya: `Kemudian apa?’Baginda bersabda:`Berbuat baik terhadap kedua ibu bapa”.(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

*Malu

Baginda s.a.w bersabda: “Malu itu membawa kebaikan”.Sabda Baginda lagi: “Dan malu itu sebahagian daripada iman”.

*Kesimpulan

Sebagai seorang muslim yang beriman,kita perlulah lengkapkan diri kita dengan sifat-sifat mukmin seperti amanah,tawaduk dan sebagainya .Jika ia tiada dalam diri kita maka pincanglah hidup kita yang akan sentiasa menjadi seorang yang kufur nikmat dan mementingkan diri.Sesungguhnya agama Islam adalah agama yang syumul dan sejahtera.Segala perilaku atau pekerjaan kita mempunyai peraturan dan segala tindakan akan dihitung oleh Allah diakhirat nanti.Sesungguhnya seseorang Islam yang berjaya di dunia dan di akhirat ini mempunyai jati diri yang kukuh dalam melawan nafsunya dan keimanannya kepada Allah mengatasi segala-galanya.Semoga kita termasuk dalam golongan yang beriman.Amin…..


Al-Mukhlis,

Fayyad_88
STUDENT OF SYARIE AND LAW

No comments: